Tuesday, May 04, 2010

DOMAIN NAME (NAMA DOMAIN)

Apa itu Domain Name?
 
Domain name (Nama Domain) adalah alamat untuk laman web anda. Atau pun nama laman web anda. Domain name juga adalah nama yang akan membezakan laman web anda dengan laman web orang lain. Sebab itulah setiap domain name di internet adalah berbeza.

Fikir lah dahulu domain name anda sebelum anda membina laman web. Ianya perlu ada kaitan dengan perniagaan anda dan orang ramai mendapat serba sedikit maklumat daripada nama laman web perniagaan anda.

Sebagai contoh jika anda menjual kasut sukan. Mungkin domain name yang digunakan adalah KasutSukan.com. Sekali imbas kita tahu fungsi laman web tersebut.


No comments:

Post a Comment