Saturday, July 10, 2010

APA ITU BLOG?

Blog ialah jurnal maya yang boleh di kemas kini dan disebarkan untuk tatapan umum sebaik saja ia disiarkan. Pembaca boleh memberi respon secara terus-menerus tanpa sebarang tapisan di ruangan yang di sediakan. Blog adalah berbeza dengan media-media lain kerana blog di tulis dengan gaya tersendiri dan terpulang kepada penulisnya.

Jenis-jenis blog yang biasa kita jumpa ialah blog motivasi, blog perniagaan, blog peribadi dan lain-lain lagi. Bilangan blog individu sudah mencecah 20 juta dan pembacaan melalui blog meningkat secara mendadak. Apa-apa pun yang penting blog boleh memberi kita pendapatan jika kita bijak menggunakannya.

Matlamat blog adalah menyebarkan maklumat berkaitan dengan produk, kepakaran dan pelbagai infomasi. Blog adalah tempat bagi kita berbincang berbanding laman web yang hanya bertindak memperkenalkan dan menjual produk sahaja.