Saturday, July 10, 2010

APA ITU BLOG?

Blog ialah jurnal maya yang boleh di kemas kini dan disebarkan untuk tatapan umum sebaik saja ia disiarkan. Pembaca boleh memberi respon secara terus-menerus tanpa sebarang tapisan di ruangan yang di sediakan. Blog adalah berbeza dengan media-media lain kerana blog di tulis dengan gaya tersendiri dan terpulang kepada penulisnya.

Jenis-jenis blog yang biasa kita jumpa ialah blog motivasi, blog perniagaan, blog peribadi dan lain-lain lagi. Bilangan blog individu sudah mencecah 20 juta dan pembacaan melalui blog meningkat secara mendadak. Apa-apa pun yang penting blog boleh memberi kita pendapatan jika kita bijak menggunakannya.

Matlamat blog adalah menyebarkan maklumat berkaitan dengan produk, kepakaran dan pelbagai infomasi. Blog adalah tempat bagi kita berbincang berbanding laman web yang hanya bertindak memperkenalkan dan menjual produk sahaja.

 

Monday, May 10, 2010

WEB HOSTING

Apa itu web hosting?

Web hosting adalah umpama tapak untuk anda menjalankan perniagaan anda. Ianya berfungsi untuk menyimpan segala data-data mengenai laman web anda. Ia akan menyimpan fail, teks, gambar dan segala kandungan dalam laman web anda supaya boleh dilawati oleh orang ramai.

Banyak syarikat yang menjalankan perniagaan web hosting ini. Antaranya ialah  JomHosting.Net. Anda hanya perlu ke laman web tersebut dan pilih salah satu dari mana-mana pakej yang ditawarkan.

Kesemua syarikat web hosting kini membolehkan anda mendaftar nama domain secara automatik. Ini akan memudahkan anda berbanding dengan membeli nama domain di syarikat yang lain, kemudian memindahkannya ke syarikat web hosting. 

Penggunaan web hosting akan di kenakan sewa bulanan. Jumlah sewa bulanan bergantung kepada megabait yang anda gunakan. Apabila anda menambah ciri-ciri kebolehan pakej tersebut, harga bulanan juga akan bertambah.



Tuesday, May 04, 2010

DOMAIN NAME (NAMA DOMAIN)

Apa itu Domain Name?
 
Domain name (Nama Domain) adalah alamat untuk laman web anda. Atau pun nama laman web anda. Domain name juga adalah nama yang akan membezakan laman web anda dengan laman web orang lain. Sebab itulah setiap domain name di internet adalah berbeza.

Fikir lah dahulu domain name anda sebelum anda membina laman web. Ianya perlu ada kaitan dengan perniagaan anda dan orang ramai mendapat serba sedikit maklumat daripada nama laman web perniagaan anda.

Sebagai contoh jika anda menjual kasut sukan. Mungkin domain name yang digunakan adalah KasutSukan.com. Sekali imbas kita tahu fungsi laman web tersebut.


Monday, April 05, 2010

SISTEM AUTORESPONDER

Sistem Autoresponder merupakan salah satu alat yang paling penting untuk perniagaan internet. Ia menyediakan perkhidmatan membalas email pelangan kita secara automatik sejurus selepas menerima email tersebut atau pun dalam jangka masa yang tertentu.

Sistem autoresponder juga turut digunakan untuk mengurus dan menyimpan segala rekod pelangan seperti nama pelangan, alamat email dan lain-lain lagi mengikut kumpulan kempen pemasaran yang telah ditetapkan oleh pemilik sistem autoresponder tersebut.

Jika kita ingin membina kumpulan kempen pemasaran seperti blogger dan sebagainya maka dengan mudah sistem autoresponder dapat melaksanakannya.

Untuk keterangan lebih lanjut sila dapatkan ebook yang ditulis oleh saudara Rahman Basri secara percuma di sini.