Monday, May 10, 2010

WEB HOSTING

Apa itu web hosting?

Web hosting adalah umpama tapak untuk anda menjalankan perniagaan anda. Ianya berfungsi untuk menyimpan segala data-data mengenai laman web anda. Ia akan menyimpan fail, teks, gambar dan segala kandungan dalam laman web anda supaya boleh dilawati oleh orang ramai.

Banyak syarikat yang menjalankan perniagaan web hosting ini. Antaranya ialah  JomHosting.Net. Anda hanya perlu ke laman web tersebut dan pilih salah satu dari mana-mana pakej yang ditawarkan.

Kesemua syarikat web hosting kini membolehkan anda mendaftar nama domain secara automatik. Ini akan memudahkan anda berbanding dengan membeli nama domain di syarikat yang lain, kemudian memindahkannya ke syarikat web hosting. 

Penggunaan web hosting akan di kenakan sewa bulanan. Jumlah sewa bulanan bergantung kepada megabait yang anda gunakan. Apabila anda menambah ciri-ciri kebolehan pakej tersebut, harga bulanan juga akan bertambah.



Tuesday, May 04, 2010

DOMAIN NAME (NAMA DOMAIN)

Apa itu Domain Name?
 
Domain name (Nama Domain) adalah alamat untuk laman web anda. Atau pun nama laman web anda. Domain name juga adalah nama yang akan membezakan laman web anda dengan laman web orang lain. Sebab itulah setiap domain name di internet adalah berbeza.

Fikir lah dahulu domain name anda sebelum anda membina laman web. Ianya perlu ada kaitan dengan perniagaan anda dan orang ramai mendapat serba sedikit maklumat daripada nama laman web perniagaan anda.

Sebagai contoh jika anda menjual kasut sukan. Mungkin domain name yang digunakan adalah KasutSukan.com. Sekali imbas kita tahu fungsi laman web tersebut.